
Majlis meraikan rakan-rakan guru yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan berlansung dengan meriahnya. Untuk melihat video sila klik di sini.
Jul 14
Majlis meraikan rakan-rakan guru yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan berlansung dengan meriahnya. Untuk melihat video sila klik di sini.
Mar 10
Tahniah kepada pasukan olahraga SKSD 2020 kerana melakar sejarah dengan memenangi Johan Keseluruhan MSSPP Zon Butterworth setelah berbelas tahun kemarau sebarang pingat sekaligus dapat menewaskan penguasaan SJKC Kwang Hwa dalam bidang olahraga.
Mar 10
22 Februari 2020. PIBG Sek Keb Sungai Dua telah mengadakan menyuarat PIBG yang ke 49 yang berlansung di Dewan Baru, Dewan Iltizam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Marzuki Bin Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri
Feb 03
03 Februari 2020 (Isnin): Majlis perlantikan pengawas telah diadakan pada hari ini di dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpinan Kecil Sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Sarjan Khairi b Mohd Nordin, Ketua Pegawai Polis BP Sungai Dua dan juga merangkap pegawai perhubungan sekolah.
Feb 01
31 Januari 2020 ( Jumaat): Hari ini genaplah 32 tahun Pn Fauziah bt Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Kak Gee berkhidmat sebagai seorang guru. Hari ini juga berlansung majlis persaraan Pn Fauziah dalam Majlis Sanjungan Jasa yang dibawa khas oleh KKGS SK Sungai Dua. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya. Untuk melihat video,klik disini
Nov 23
14 November 2019 ( Khamis): SKSD telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6 yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua. Objektifnya ialah untuk meraikan kejayaan murid-murid SKSD dalam akademik dan juga sahsiah. Syabas kepada murid yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Nov 09
06 November 2019 ( Rabu): Kelab Kebudayaan SKSD telah menghantar pasukan keyboard ke Pertandingan Music Time Keyboard yang berlansung di Dewan SK Pokok Sena. Pasukan keyboard SKSD telah mendapat tempat ketiga dalam percubaan kali pertama pada pertandingan ini.
Nov 09
Pasukan Bola Jaring SKSD telah mendapat tempat ke 3 di Kejohanan Pembangunan Bola Jaring yang berlansung di Dewan Terbuka SKSD. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi pasukan pada masa akan datang.
Nov 09
Unit Kaunseling SKSD telah mengadakan lawatan kembara ilmu ke Entopia, Penang. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencatat kehadiran penuh ke sekolah pada tahun ini. Di samping itu juga ia menggalakkan murid-murid mengekalkan peratusan kehadiran ke sekolah pada tahun akan datang. Semoga lawatan ini memberi input yang berguna kepada semua peserta kembara ilmu ini. Tahniah juga kepada guru-guru kaunseling yang menganjukan kembara ini.
Nov 07
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pantun SKSD yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN sempena pertandingan Fiesta Pantun dan Sahibba 2019 yang berlangsung di SK Taman Senangan. Manakala Pasukan Sahibba berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pasukan Pantun dan Sahibba dan guru -guru yang bertungkus lumus bekerja keras bagi mencapai kejayaan seperti ini…TAHNIAH!!!