Author's posts
Feb 01
Majlis Sanjungan Jasa Puan Fauziah bt Abu Bakar
31 Januari 2020 ( Jumaat): Hari ini genaplah 32 tahun Pn Fauziah bt Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Kak Gee berkhidmat sebagai seorang guru. Hari ini juga berlansung majlis persaraan Pn Fauziah dalam Majlis Sanjungan Jasa yang dibawa khas oleh KKGS SK Sungai Dua. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya. Untuk melihat video,klik disini
Nov 23
Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6
14 November 2019 ( Khamis): SKSD telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6 yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua. Objektifnya ialah untuk meraikan kejayaan murid-murid SKSD dalam akademik dan juga sahsiah. Syabas kepada murid yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Nov 09
Program Motivasi Kembara Ilmu Ke Entopia
Unit Kaunseling SKSD telah mengadakan lawatan kembara ilmu ke Entopia, Penang. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencatat kehadiran penuh ke sekolah pada tahun ini. Di samping itu juga ia menggalakkan murid-murid mengekalkan peratusan kehadiran ke sekolah pada tahun akan datang. Semoga lawatan ini memberi input yang berguna kepada semua …
Nov 07
Fiesta Pantun Dan Sahibba
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pantun SKSD yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN sempena pertandingan Fiesta Pantun dan Sahibba 2019 yang berlangsung di SK Taman Senangan. Manakala Pasukan Sahibba berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pasukan Pantun dan Sahibba dan guru -guru yang bertungkus lumus bekerja keras bagi mencapai kejayaan seperti ini…TAHNIAH!!!