platform

October 2016 archive

Program Jota Joti 2016

Pasukan ahli Pengakap SKSD telah menyertai program Jota-Joti peringkat Daerah Utara yang berlangsung pada 15/10/2016. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program ini telah memberi perdedahan erti sebuah kehidupan kepada murid-murid

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH, SKK PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Bola Sepak SKSD telah muncul sebagai naib juara dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat kebangsaan yang berlansung di Kedah Darul Aman. Sebanyak 12 sekolah kluster yang terlibat dalam kejohanan pada kali ini. Tahniah diucapkan.. * Untuk foto seterusnya sila klik ruangan SKK.

Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Kali Kedua 2016

Sabtu (08.10.2016) Seramai 100 orang murid yang terpilih mengikuti kem cemerlang jawi yang berlangsung selama dua hari. Kem ini bermula petang Jumaat (07.10.2016) dan berakhir pada hari Sabtu. Antara objektif kem ini ialah untuk membantu murid-murid dalam penguasaan Jawi. Tahniah kepada semua peserta dan juga fasilitator

KARNIVAL BOLA SEPAK 2016

Sabtu (8.10.16) Pasukan Bola Sepak Sekolah SKSD telah dinobatkan sebagai juara dalam sempena Karnival Bola Sepak yang berlangsung di Sk Mohd Shah.

Pertandingan Kalam Jamai’e 2016

Sabtu (8.10.16) Pasukan Kalam Jamai’e SKSD ( NurulHuda) telah mewakili PPDU bersama dengan SK Hashim Awang ke pertandingan Kalam Jamai’e peringkat daerah. Pertandingan ini berlansung di SK Bakap Indah.

Pertandingan Bakat Tarian Tradisional

Sabtu (8.10.16) Murid-murid prasekolah SKSD telah mengambil bahagian dalam acara Pertandingan Bakat Tarian Tradisional yang berlangsung di Sek.Keb. Mohd Shah. Tahniah kepada pasukan sekolah yang berjaya menunjukkan persembahan yang mantap. Tahniah sekali lagi

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Sabtu (08.10.16): Warga sekolah SKSD telah menjayakan Hari Sukan Negara (HSN) yang berobjektifkan melahirkan warga sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental. Program ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Pn Hjh Zalilia dan kemudiannya disusuli dengan senamrobik. Program ini berakhir pada jam 10 pagi. Tahniah kepada semua warga SKSD yang mengambil bahagian dalam program …

Continue reading