platform

June 2017 archive

SUMBANGAN BANK ISLAM KEPADA SURAU AL-FALAH

Bank Islam Cawangan Butterworth telah berkunjung ke SK Sungai Dua untuk melihat perkembangan Surau al-Falah dari segi fizikal dan aktiviti murid. Hal ini kerana Surau al-Falah akan mengambil bahagian dalam pertandingan Imarah Surau tahun 2017. Pihak bank juga menghadiahkan kek sempena sambutan Hari Guru.

SALAM PERSARAAN BUAT PUAN FAUZIAH PK PENTADBIRAN SKSD

Kami kakitangan SKSD mengucapkan selamat bersara buat Puan Fauziah bt Zakaria yang berkuatkuasa pada 19 Jun 2017. Kami telah kehilangan seorang pemimpin yang menjadi teladan kepada guru -guru lain. Majlis Persaraan Pn Fauziah akan diadakan pada 19 Julai 2017. Doakan kebaikan kepada kami semua.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2017

21 Jun 2017: Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Ia berlangsung diawal pagi dan berakhir pada 10.40 pagi. Seramai 102 orang murid yang terlibat dalam majlis ini. Ustaz Fuad telah mengetuai majlis ini. Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk kita semua.

BANTUAN HARI RAYA KEPADA MURID-MURID SKSD

22 Jun 2017: Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya kepada murid-murid SKSD telah disempurnakan oleh Puan Zalila bt Idris, Guru Besar SKSD. Diharapkan bantuan yang kecil ini dapat meringankan bebanan kewangan mereka bagi menyambut pagi Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.