platform

August 2017 archive

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Anjuran PPDU dan Bank Rakyat

23 Ogos 2017: Pasukan Bola Sepak SKSD telah mendapat tempat ketiga di dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah yang berlansung di padang SK Hashim Awang. Kejonanan ini telah dianjurkan oleh PPDU kerjasama dengan Bank Rakyat. Kejayaan ini sekaligus menjadi antara wakil PPDU ke kejohanan peringkat nanti

NATIONAL ROBOTIC COMPETITON (NRC) 2017

22 Ogos 2017 : Kelab Robotik SKSD telah menghantar 3 pasukan ke Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC 2017) yang berlansung di Dewan Sri Mutiara Politeknik Seberang Jaya Pulau Pinang. Antara objektif pertandingan ini sebagaimana yang dinyatakan oleh staf SASBADI ialah untuk melahirkan seramai mungkin murid-murid yang berpengetahuan dalam bidang robotik. Ini merupakan pengalaman yang bermakna kepada …

Continue reading

Pertandingan Kawad Kaki KRS & TKRS Peringkat Negeri 2017

Tahniah !!! Syabas!! kepada pasukan Kawad Kaki TKRS yang berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS dan TKRS yang berlangsung pada 16 Ogos 2016. Tahniah juga kepada guru-guru dan jurulatih yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan pasukan sekolah ini.

Fiesta KOKURIA 2017

Tahniah kepada murid-murid SKSD yang berjaya merangkul beberapa kejayaan sempena Fiesta KOKURIA yang berlangsung di SK Bertam Indah.

Sumbangan Dari Bank Rakyat

Hari ini (14/08/2017), SK Sungai Dua telah menerima sumbangan dari pihak Bank Rakyat. Terima kasih dari pihak sekolah.

Lawatan Penanda Aras Jalinan Muhibbah dari SK Parit Bakar Tengah, Muar, Johor ke SK Sungai Dua

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan rombongan lawatan guru-guru dari Johor ke SK Sungai Dua. Semoga dengan lawatan ini memberikan satu inspirasi kepada kedua-dua pihak demi kecemerlangan pendidikan pada masa akan datang