5 Mac 2018: Pasukan Bola Sepak Sk Sungai Dua telah muncul sebagai Juara edisi bola sepak kali ini. Mereka telah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan SK Sungai Puyu di perlawanan akhir
April 2018 archive
Apr 02
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKSD
Unit Beruniform SKSD telah mengadakan perkhemahan peringkat sekolah di Omland, Kedah. Perkhemahan 2 hari 1 malam telah mendedahkan pelbagai pengalaman yang manis kepada para peserta. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam merangka program yang bermakna ini. Semoga ia dapat memberi pengalaman baru kepada murid-murid.
Apr 01
Kem Ibadah Tahun 6 2018
31 Mac 2018 : Semua murid Tahun 6 SKSD telah mengikuti program Kem Ibadah peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kaunseling sekolah. Ia bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran murid dan disusuli dengan program motivasi yang dikendalikan oleh motivator dari SMK Teluk Air Tawar. Pada waktu petang, murid telah dibahagikan beberapa …
Apr 01
Korobori Pengakap Peringkat Negeri Pulau Pinang 2018
16 Mac 2018: Pasukan pengakap SK Sungai Dua telah menyertai Korobori Pengakap Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di SMK Permatang Tok Labu. Pelbagai aktviti kehidupan yang telah didedahkan kepada murid-murid sebagai persiapan untuk masa hadapan. Semoga program ini dapat memberi manafaat kepada semua peserta.
Apr 01
Program Qiamullail MGB
Beberapa orang murid SKSD telah menyertai program Qiamullail yang dianjurkan oleh MGB Pulau Pinang. Program ini berlansung di Masjid Abdul Fahim Kepata Batas. Program ini bermula pada petang Jumaat 27/03.18 dan berakhir pada keesokan harinya. Semoga program seperti ini dapat mendidikan anak anak SKSD agar menjadi insan kamil.