platform

November 2019 archive

Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6

14 November 2019 ( Khamis): SKSD telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang dan Apresiasi Tahun 6 yang berlangsung di Dewan Besar Sungai Dua. Objektifnya ialah untuk meraikan kejayaan murid-murid SKSD dalam akademik dan juga sahsiah. Syabas kepada murid yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Pertandingan Music Time Keyboard 2019

06 November 2019 ( Rabu): Kelab Kebudayaan SKSD telah menghantar pasukan keyboard ke Pertandingan Music Time Keyboard yang berlansung di Dewan SK Pokok Sena. Pasukan keyboard SKSD telah mendapat tempat ketiga dalam percubaan kali pertama pada pertandingan ini.

Kejohanan Pembangunan Bola Jaring

Pasukan Bola Jaring SKSD telah mendapat tempat ke 3 di Kejohanan Pembangunan Bola Jaring yang berlansung di Dewan Terbuka SKSD. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi pasukan pada masa akan datang.

Program Motivasi Kembara Ilmu Ke Entopia

Unit Kaunseling SKSD telah mengadakan lawatan kembara ilmu ke Entopia, Penang. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencatat kehadiran penuh ke sekolah pada tahun ini. Di samping itu juga ia menggalakkan murid-murid mengekalkan peratusan kehadiran ke sekolah pada tahun akan datang. Semoga lawatan ini memberi input yang berguna kepada semua …

Continue reading

Fiesta Pantun Dan Sahibba

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pantun SKSD yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN sempena pertandingan Fiesta Pantun dan Sahibba 2019 yang berlangsung di SK Taman Senangan. Manakala Pasukan Sahibba berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pasukan Pantun dan Sahibba dan guru -guru yang bertungkus lumus bekerja keras bagi mencapai kejayaan seperti ini…TAHNIAH!!!

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI ANUGERAH NILAM 2019

04 November 2019 ( Isnin): Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Anugerah Nilam 2019 peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya. Sambutan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Syabas kepada murid -murid yang mendapat anugerah pada hari ini. Untuk maklumat terperinci, …

Continue reading