
Unit Kaunseling SKSD telah mengadakan lawatan kembara ilmu ke Entopia, Penang. Lawatan sambil belajar ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah mencatat kehadiran penuh ke sekolah pada tahun ini. Di samping itu juga ia menggalakkan murid-murid mengekalkan peratusan kehadiran ke sekolah pada tahun akan datang. Semoga lawatan ini memberi input yang berguna kepada semua peserta kembara ilmu ini. Tahniah juga kepada guru-guru kaunseling yang menganjukan kembara ini.