platform

SKK Bola Sepak

Majlis Penyerahan Bendera Pulau Pinang kepada Pasukan Bola Sepak SKSD ke Kejohanan Bola Sepak YBR

30 September 2019 ( Isnin): Penyerahan Bendera Pulau Pinang kepada pasukan bola sepak SKSD yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah diadakan dalam majlis yang gemilang pada pagi tadi. Dengan penyerahan bendera tersebut, ia memberi isyarat yang jelas bahawa pasukan bola SKSD telah menggalas amanah yang besar bagi merangkul piala tersebut yang akan berlangsung di Stadium Melaka pada 4 hingga 7 Oktober nanti.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Nasri bin Subhi, Pegawai Sukan PPDU. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan agar semua pemain dapat menunjukkan komitmen tinggi dan berdisiplin semasa kejohanan nanti. Program sebegini sebenarnya dapat mencungkil bakat terpendam di akar umbi bagi menyediakan pemain-pemain yang berkualiti pada masa akan datang.

Dalam majlis yang sama, sumbangan jersi turut dilakukan oleh wakil Figos, En Faizal cawangan utara. Selamat berjaya kepada pasukan sekolah SKSD.

Perlawanan Persahabatan

18 Sept 2019 ( Rabu) :Perlawanan Persahabatan di antara SK Sungai Dua dengan SKT Puteri Jaya

Walaupun diselebungi dengan jerebu, mereka tetap memberi saingan sengit terhadap pasukan lawan . Tarikh : 18 Sept 2019

Barisan pemain bola SKSD yang mantap..Teruskan usaha

Pasukan Bola Sepak SKT Puteri Jaya menjamu selesa selepas permainan tamat

Piala YBR 2019

Tahniah kepada pasukan sekolah kerana berjaya mewakili negeri Pulau Pinang untuk kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat yang akan diadakan di Melaka, awal Oktober nanti