Majlis meraikan rakan-rakan guru yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan berlansung dengan meriahnya. Untuk melihat video sila klik di sini.
Tahniah kepada pasukan olahraga SKSD 2020 kerana melakar sejarah dengan memenangi Johan Keseluruhan MSSPP Zon Butterworth setelah berbelas tahun kemarau sebarang pingat sekaligus dapat menewaskan penguasaan SJKC Kwang Hwa dalam bidang olahraga.
22 Februari 2020. PIBG Sek Keb Sungai Dua telah mengadakan menyuarat PIBG yang ke 49 yang berlansung di Dewan Baru, Dewan Iltizam. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Marzuki Bin Yahya, Timbalan …
03 Februari 2020 (Isnin): Majlis perlantikan pengawas telah diadakan pada hari ini di dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpinan Kecil Sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Sarjan Khairi b Mohd Nordin, Ketua Pegawai Polis BP Sungai Dua …
31 Januari 2020 ( Jumaat): Hari ini genaplah 32 tahun Pn Fauziah bt Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Kak Gee berkhidmat sebagai seorang guru. Hari ini juga berlansung majlis persaraan Pn Fauziah dalam Majlis …
04 November 2019 ( Isnin): Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Anugerah Nilam 2019 peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya. Sambutan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Syabas kepada murid -murid yang mendapat anugerah pada hari ini. Untuk maklumat terperinci, sila lawati laman PSS
Antara wajah ceria yang mewarnai Sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Anugerah Nilam 2019
26 Oktober 2019 : Kelab robotik dan Pra sekolah SKSD telah menyertai Hari Sains dan Inovasi 2019 peringkat negeri yang berlangsung di Sk Pokok Sena. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 12.30 petang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Murid-murid pra sekolah bersama dengan hadiah masing masing dalam pertandingan sempena hari Sains dan Inovasi 2019 peringkat negeriSK Sungai Dua bersama hadiah cabutan bertuah sempena hari sains dan inovasi pelajar 2019
26 Oktober 2019 :Seramai 25 orang murid-murid tahun 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Langkawi. Program pasca upsr ini diketuai oleh PK Kokurikulum Pn Hazliza Hashim bersama beberapa orang guru lain
12 Oktober 2019 (Sabtu): SK Sungai Dua telah melaksanakan program Hari Kemuncak Kokurikulum 2019 yang berlansung di padang sekolah. Program ini dimulai dengan Senamrobik yang diketuai oleh guru prasekolah . Kemudian dirasmikan oleh YDP PIBG SKSD. Banyak gerai makanan dan permainan yang menjadikan program tampak meriah.
03 Oktober 2019 ( Khamis): Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab telah mengadakan Kem Pemantapan Jawi untuk murid-murid tahun 6. Kem ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahun 6 pasca upsr yang memberi fokus kepada pemantapan jawi dari segi bacaan dan tulisan. Program ini berlangung serentak di dua venue yang berasingan. Antara penceramah jemputan ialah Pn Nurasyikin dari KAFA Sungai Dua dan Pn Nurhafizah dari SK Lahar Yooi
Maskot Ana Muslim melayan karenah murid-murid SKSD di dewan utamaAntara aktivit yang diadakan. Pihak Ana Muslim sedang mengendalikan program tersebut
30 September 2019 ( Isnin) : SKSD dengan kerjasama Syarikat Ana Muslim telah menganjurkan program ilmiah iaitu Program Eksploraso Ilmu Bersama Ana Muslim yang berlangsung di Dewan Terbuka SKSD. Pelbagai acara yang telah berlansung ; antaranya aktiviti melukis dan mewarna, mencari bakat baru, jualan buku dan majalah Ana Muslim. Majlis ini diserikan juga dengan kehadiran maskot Ana Muslim yang berlegar-legar di kawasan dewan.
28 September 2019 ( Sabtu): Pasukan Pengakap SKSD telah menyertai Program Merdeka Walk & Clean Up The World 2019 yang berlangsung di Taman Negara, Pulau Pinang
Pasukan pengakap sekolah telah berjaya meraih kemenangan dalam program tersebut. Antaranya:
30 September 2019 ( Isnin): Penyerahan Bendera Pulau Pinang kepada pasukan bola sepak SKSD yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah diadakan dalam majlis yang gemilang pada pagi tadi. Dengan penyerahan bendera tersebut, ia memberi isyarat yang jelas bahawa pasukan bola SKSD telah menggalas amanah yang besar bagi merangkul piala tersebut yang akan berlangsung di Stadium Melaka pada 4 hingga 7 Oktober nanti.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Nasri bin Subhi, Pegawai Sukan PPDU. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan agar semua pemain dapat menunjukkan komitmen tinggi dan berdisiplin semasa kejohanan nanti. Program sebegini sebenarnya dapat mencungkil bakat terpendam di akar umbi bagi menyediakan pemain-pemain yang berkualiti pada masa akan datang.
Dalam majlis yang sama, sumbangan jersi turut dilakukan oleh wakil Figos cawangan utara. Selamat berjaya kepada pasukan sekolah SKSD.
Tuan Hj Nasri in Subhi, pegawai sukan PPDU menyerahkan kain rentang dan bendera Pulau Pinang kepada Guru Besar SKSD, Pn Sufiah bt Md MustaffaWakil Figos memberi sumbangan dalam bentuk jersi rasmi yang akan dipakai semasa kejohanan nanti