platform

Category: Uncategorized

Fiesta Pantun Dan Sahibba

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pantun SKSD yang berjaya dinobatkan sebagai JOHAN sempena pertandingan Fiesta Pantun dan Sahibba 2019 yang berlangsung di SK Taman Senangan. Manakala Pasukan Sahibba berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada pasukan Pantun dan Sahibba dan guru -guru yang bertungkus lumus bekerja keras bagi mencapai kejayaan seperti ini…TAHNIAH!!!

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN HARI ANUGERAH NILAM 2019

04 November 2019 ( Isnin): Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Anugerah Nilam 2019 peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya. Sambutan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Syabas kepada murid -murid yang mendapat anugerah pada hari ini. Untuk maklumat terperinci, …

Continue reading

Majlis Khatam al-Quran Tahun 6 2019

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas Tahun 5

Hari Sains Dan Inovasi 2019 Peringkat Negeri di SK Pokok Sena

26 Oktober 2019 : Kelab robotik dan Pra sekolah SKSD telah menyertai Hari Sains dan Inovasi 2019 peringkat negeri yang berlangsung di Sk Pokok Sena. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 12.30 petang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lawatan Pasca UPSR ke Langkawi

26 Oktober 2019 :Seramai 25 orang murid-murid tahun 6 telah menyertai lawatan sambil belajar ke Langkawi. Program pasca upsr ini diketuai oleh PK Kokurikulum Pn Hazliza Hashim bersama beberapa orang guru lain

Hari Kemuncak Kokurikulum 2019

12 Oktober 2019 (Sabtu): SK Sungai Dua telah melaksanakan program Hari Kemuncak Kokurikulum 2019 yang berlansung di padang sekolah. Program ini dimulai dengan Senamrobik yang diketuai oleh guru prasekolah . Kemudian dirasmikan oleh YDP PIBG SKSD. Banyak gerai makanan dan permainan yang menjadikan program tampak meriah.

Kem Pemantapan Jawi Tahun 6

03 Oktober 2019 ( Khamis): Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab telah mengadakan Kem Pemantapan Jawi untuk murid-murid tahun 6. Kem ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahun 6 pasca upsr yang memberi fokus kepada pemantapan jawi dari segi bacaan dan tulisan. Program ini berlangung serentak di dua venue yang berasingan. Antara penceramah jemputan …

Continue reading

Program Eksplorasi Ilmu Bersama Ana Muslim

30 September 2019 ( Isnin) : SKSD dengan kerjasama Syarikat Ana Muslim telah menganjurkan program ilmiah iaitu Program Eksploraso Ilmu Bersama Ana Muslim yang berlangsung di Dewan Terbuka SKSD. Pelbagai acara yang telah berlansung ; antaranya aktiviti melukis dan mewarna, mencari bakat baru, jualan buku dan majalah Ana Muslim. Majlis ini diserikan juga dengan kehadiran …

Continue reading

Merdeka Walk & Clean Up The World 2019

28 September 2019 ( Sabtu): Pasukan Pengakap SKSD telah menyertai Program Merdeka Walk & Clean Up The World 2019 yang berlangsung di Taman Negara, Pulau Pinang Pasukan pengakap sekolah telah berjaya meraih kemenangan dalam program tersebut. Antaranya: Tempat Ketiga : Pertandingan Melukis dan Mewarna Tempat ketiga : Pertandingan membina Istana Pasir Naib Johan : Membina …

Continue reading